THE CATALYST

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

First of all kami dari pihak AKUDESIGN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua supporters yang kami kenali sebagai #adcters yang banyak memberi sokongan, kritikan dan dorongan kepada kami sejak AKUDESIGN mula ditubuhkan.Dan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan dan local label clothing yang mengenali kami. Thankz you are the best! =)

Sekarang ramai bertanya "ADC biler nak kuar design baru??", "design baru mane? x saba nak beli", "agak2 design baru kuar bile?" dan banyak lagi soalan yang kite orang terima..terharu jugak bile bacakan. Jadi,setelah mengeluarkan design MILD 2 kami pada tahun lalu, yang agak mendapat sambutan =)

selepas itu kami agak senyap..okay sebenarnya kami bukan senyap kami dari pihak AKUDESIGN sedang berushaha mencari kualiti kain, kualiti printing yang lebih baik untuk #adcters.

Kami dari pihak AKUDESIGN berusaha untuk menandingi label label luar negara di sana yang telah masuk ke negara kita, sampaikan label-label di Malaysia ini dipandang "cikai". Ada yang menyatakan label clothing di Malaysia tiada kualiti, kain keras, baju untuk tido dan banyak lagi. Sebenarnya banyak lagi label di Malaysia yang setanding dengan negara-negara luar contohnya ABSTRAX JINGGA, TARIK JEANS, ATTACK APPAREL, EGGBASH CLOTHING, THE SUPER SUNDAY and many more, cuma mereka ini telah ditutupi oleh label-label luar negara yang dipandang lebih tinggi..

Jadi kami juga ingin menjadi seperti mereka, mungkin juga selepas ini ada suara-suara yang mengeluh mengenai kenaikan harga baju AKUDESIGN kepada RM45 tp itulah hakikatnya . Jika ada yang mengatakan baju kami mahal, terserah kerana kami dari pihak AKUDESIGN akan menampilkan sesuatu yang berbeza dari segi kualiti baju kami yang mungkin setanding dengan jenama luar yang harga nya lingkungan RM100 - RM150.

Bagi kami, jika harga mahal yang dibayar hendaklah setanding dengan kualiti yang terbaik. Itu tidak menjadi masalah =)

So untuk next baju we all akan tampilkan sesuatu yang berbeza dengan tema yang dikenali sebagai

THE CATALYST

.....................

THE CATALYST mungkin bunyi macam ayat kimia, tp catalyst dari segi ini bermaksud sesuatu anjakan yang dahulunya mungkin slow sekarang dipercepatkan untuk menjadi sesuatu yang lebih baik. =)

Jadi nantikan sesuatu dari kami..INSYALLAH kami akan umumkan.

Yang baik itu datang daripada ALLAH SWT, dan yang buruk itu datang daripada kami.

Jadi keep on support us yea!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...