MEDIA/PRESS


HARIAN METRO
6 APRIL 2013


METRO AHAD
2 SEPTEMBER 2012


KOSMO!
6 APRIL 2013



B'YU MAGAZINE | KELUARAN JANUARI 2012

27 FEBRUARI 2011
HARIAN METRO RUANGAN GIGS
JUMAAT
JENAMANYA mungkin belum dikenali ramai, tetapi remaja yang kerap mengikuti persembahan band indie di pentas gig pasti mengenali produk AKUDESIGN Clothing yang tampil serba ringkas tetapi tetap kelihatan menarik.
AKUDESIGN yang ditubuh kan pada pertengahan Jun 2009 adalah satu jenama yang berpusat di Kuala Lumpur dan Melaka. Ia milik 100 peratus Bumiputera dan diasaskan oleh dua beradik, Afiq Afify dan Amirel Amen Anuar.
Bersandarkan penjualan baju-T dengan paparan rekaan kreatif dan mengikut gaya terkini, ia dihasilkan pada jumlah terhad kerana bukan menjadi prinsip AKUDESIGN Clothing untuk membuat cetakan berulang supaya ia menjadi lebih eksklusif.

Selain itu, jenama tempatan berkenaan turut mementingkan kualiti bukan hanya pada baju-T tetapi untuk cetakannya juga yang bakal memuaskan hati pelanggan dan sebab itu tidak banyak corak sama dibuat.
Keunikan produk AKUDESIGN Clothing juga membuka peluang kepada mereka untuk menaja sebuah band indie, Batrayal Conflict untuk memperagakan baju-T dengan paparan rekaan kreatif ketika persembahan gig.
Sesiapa yang berminat membuat tempatan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai AKUDESIGN Clothing boleh layari www.facebook.com/akudesignclothing atau www.akudesignclothing.blogspot.com.
p/s : THNKZZ GUYS




UTOPIA MAGAZINE ISU #182
15 JULY 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...